Sabah yang dikenali sebagai “Negeri Di Bawah Bayu”, merupakan salah satu destinasi tempat pelancongan yang terbaik di Malaysia. Keindahan alam semula jadinya, kepelbagaian etnik dan budaya, serta pengalaman percutian unik yang menjadikan Sabah lokasi percutian impian buat ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.
Kali ini, kami senaraikan 10 tempat menarik di Sabah yang pasti akan memukau hati anda. Jom lihat senarai penuh di bawah!
Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu adalah ikon pelancongan Sabah dan gunung tertinggi di Malaysia. Ia menjadi tumpuan pendaki dari seluruh dunia. Terletak di Taman Kinabalu yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kawasan ini juga menawarkan laluan jungle trekking dan pemandangan semula jadi yang menakjubkan.
Pulau Sipadan
Pulau Sipadan terkenal sebagai antara lokasi menyelam terbaik di dunia. Terumbu karang yang indah dan kepelbagaian hidupan marin seperti penyu, ikan pari, dan jerung menjadikan pulau ini syurga buat penyelam.
Pulau Mabul & Kapalai
Untuk anda yang sukakan pemandangan air jernih dan resort terapung, Pulau Mabul dan Kapalai adalah pilihan ideal. Ia juga terkenal sebagai lokasi ‘Bulan Madu’ dan percutian santai bersama keluarga.
Kundasang
Kundasang sering digelar ‘New Zealand Malaysia’ kerana pemandangannya yang memukau. Terletak di kaki Gunung Kinabalu, kawasan ini sangat sejuk dan nyaman. Juga lengkap dengan ladang lembu, pasar sayur, dan taman bunga.
Taman Hidupan Liar Lok Kawi
Lok Kawi Wildlife Park merupakan tempat yang sesuai untuk melihat haiwan liar seperti gajah Borneo, orang utan, dan harimau. Lokasi ini sesuai untuk kunjungan keluarga bersama anak-anak kecil.
Poring Hot Spring
Sesuai untuk anda yang ingin berehat santai selepas aktiviti lasak. Kolam air panas semula jadi disini dapat menyegarkan tubuh badan. Terdapat juga “Canopy Walk” dan air terjun berdekatan.
Taman Negara Crocker Range
Taman ini adalah kawasan hutan simpan terbesar di Sabah yang kaya dengan flora dan fauna endemik. Terdapat pelbagai laluan trekking dan peluang untuk aktiviti eko-pelancongan.
Sungai Kinabatangan
Kinabatangan River Cruise adalah antara aktiviti yang unik di Sabah. Anda boleh melihat buaya, monyet proboscis, burung enggang dan pelbagai haiwan eksotik dalam habitat semula jadi mereka.
Pasar Filipina, Kota Kinabalu
Lokasi membeli-belah popular bagi pelancong yang ingin mendapatkan kraftangan, makanan laut kering, dan mutiara asli dengan harga berpatutan. Suasana pasar sangat meriah, terutama waktu petang.
Menara Tun Mustapha
Bangunan berbentuk silinder ini adalah antara mercu tanda Kota Kinabalu. Di sini, anda boleh menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kota Kinabalu dari atas.