Skip to main content

Nak uruskan proses hantar kenderaan antara Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak bukanlah kerja yang mudah dan sebarangan. Semuanya memerlukan perancangan teliti, dokumen yang lengkap, serta agent penghantaran yang berpengalaman. Nizaf Mover & Logistics Sdn. Bhd. sebagai peneraju dalam industri logistik Malaysia, menyediakan servis penghantaran kenderaan dari/ke Borneo dengan selamat, pantas dan profesional.

Kenapa Nizaf Mover menjadi pilihan penghantaran kenderaan di Malaysia?

1. Servis Penghantaran dari A – Z

Team Nizaf Mover akan bantu anda uruskan penghantaran kenderaan anda dari awal proses sehingga anda menerima kenderaan anda di lrumah anda, termasuk penyediaan dokumen, Collect & Pickup kenderaan kenderaan anda di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak. Anda tidak perlu pening kepala; kami uruskan semuanya.

2. Proses Mudah & Teratur

Kami faham bahawa ramai pelanggan mungkin pertama kali menghantar kenderaan merentasi laut. Dengan itu, kami sediakan proses yang telus dan mudah difahami:

  • Pemeriksaan Awal & Gambar Kenderaan
  • Penyediaan Dokumen (Salinan IC, Geran Kenderaan, dan Borang Pengesahan)
  • Penyusunan Jadual Penghantaran & Pilihan Insurans
  • Penghantaran melalui kontena tertutup atau RORO (bergantung pada keperluan)
  • Tracking dan kemaskini sepanjang penghantaran

3. Team Mesra & Profesional

Pelanggan Nizaf Mover sering memuji layanan mesra dan efisien daripada pasukan kami. Kami bukan sekadar “ambil dan hantar”, tetapi benar-benar menjaga setiap kenderaan seolah-olah milik sendiri. Setiap pertanyaan anda akan dilayan dengan cepat dan mesra.

Kenapa Pentingnya Ambil Insurans?

Meskipun penghantaran dilakukan dengan penuh berhati-hati, kami tetap galakkan pelanggan untuk mengambil insurans bagi perlindungan maksimum. Ia melindungi anda daripada sebarang kejadian yang diluar jangka atau kehilangan semasa transit – memberi anda ketenangan fikiran sepanjang proses.

Cabutan Bertuah Eksklusif!

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami, Nizaf Mover turut menganjurkan Cabutan Bertuah setiap 3 bulan sekali! Kepada semua pelanggan yang menggunakan servis kami akan layak secara langsung untuk menyertai dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Terima Kasih kami ucapkan kepada pelanggan kami yang setia memilih Nizaf Mover sebagai Agen penghantaran kenderaan yang dipercayai!

Penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak bukan lagi satu cabaran besar jika anda memilih syarikat yang betul. Dengan pengalaman selama 10 tahun, kepakaran dalam bidang logistik, serta komitmen yang tinggi, Nizaf Mover menjadi pilihan terbaik penghantaran kenderaan anda dan kami sentiasa memastikan kenderaan anda sampai ke destinasi dengan selamat dan tepat pada masanya.

Call/Whatsapp kami untuk dapatkan konsultasi penghantaran anda secara percuma.  Klik untuk Whatsapp Sekarang!