Skip to main content
SEMENANJUNG | SABAH | SARAWAK

HANTAR KERETA KE SABAH SARAWAK

“PILIHAN DIPERCAYAI RAKYAT MALAYSIA”

CALL NOWWHATSAPP NOW
Mudah Berurusan

Untuk hantar kereta atau motor, hanya perlu tempah tarikh dan sediakan dokumen lengkap, selebihnya kami uruskan. Kami akan bantu anda.

Jimat Masa

Jimatkan masa anda dengan penghantaran yang pantas, kenderaan anda sampai tepat pada masa seperti yang dijanjikan.

Dijamin Selamat

Kami akan pastikan kenderaan anda sampai dengan selamat dan jaminan insurans sekiranya berlaku perkara yang tak diingini.

Klien Kami

Kenapa Perlu Pilih Kami?

Syarikat Berdaftar MOF

Nizaf Mover & Logistics dipercayai dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Marine Insurans

Pastikan kenderaan anda selamat sampai dengan jaminan Insurans sekiranya berlaku perkara yang tak diingini semasa hantar kereta.

Pemeriksaan Percuma

Pemeriksaan kenderaan percuma sebelum proses hantar kereta ke Pelabuhan atau rumah.

Pilihan Penghantaran

Pilihan penghantaran sesuai dengan kehendak pelanggan & menepati masa dan situasi yang diinginkan untuk hantar kereta atau motor.

Pilihan Penghantaran untuk Hantar Kereta atau Motor

Door to Door

Nizaf Mover akan mengambil kenderaan di rumah anda dan menghantarnya ke alamat baru tanpa anda perlu ke port.

Port to Port

Nizaf Mover akan uruskan penghantaran kenderaan anda ke port. Selepas kapal sampai, anda akan ambil sendiri kenderaan di port.

Langkah-Langkah Hantar Kereta

1. PILIH KONTENA ATAU RORO

Hantar kereta ke Sabah Sarawak mempunyai 2 pilihan iaitu menggunakan kontena atau RoRo (Roll on Roll off). Sekiranya kereta dimasukkan didalam kontena, ianya akan diletakkan sekali bersama-sama dengan barang barang anda yang hendak dihantar. Manakala RoRo, kapal yang hanya membawa kenderaan sahaja. Harga adalah berbeza untuk kontena.

2. SEBUT HARGA

Minta sebut harga untuk kos hantar kereta ke Sabah Sarawak. Tujuan sebut harga ini adalah untuk urusan penyediaan surat kepada bank bagi menyelesaikan proses pelepasan. Maklumat yang anda perlu sediakan hantar kereta kepada team Nizaf Mover adalah seperti berikut.

  • Nombor kereta,
  • Jenis Kereta
  • Alamat anda.
3. SURAT PELEPASAN BANK

Dapatkan surat pelepasan bank sekiranya kenderaan masih belum habis bayar. Sila dapatkan surat bank di cawangan yang berdekatan anda. Surat ini hanya kepada yang belum habis bayar, kalau dah habis bayar atau tidak terikat dengan mana-mana bank, skip je langkah ini.

4. PROSES PEMOHONAN SURAT

Hantar Dokumen kepada Bank: Salinan kad pengenalan/surat dari pihak Nizaf Mover/ sebut harga dan Surat memohon untuk hantar kereta seperti langkah 3. Bank akan meminta anda  isi borang kebenaran untuk bawa ke Sabah Sarawak atau Semenanjung.  Setelah selesai permohonan pihak bank akan mengeluarkan surat kebenaran selewat-lewatnya dalam tempoh 3 hari bekerja.

5. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Hantar Dokumen Lengkap kepada Nizaf Mover. Selepas dapat surat kebenaran bank, anda boleh terus hantar semua dokumen yang bank bagi ke Nizaf Mover berserta dengan dokumen-dokumen yang berikut;

  • Surat consent dari Bank
  • Salinan geran kereta
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik kereta.
  • Persediaan Sebelum hantar kereta ke Sabah Sarawak
6. PEMERIKSAAN KENDERAAN ANDA

Semua siap, kereta anda sudah bersedia untuk berlayar ke Sabah Sarawak. Sebelum hantar kereta ke Sabah Sarawak pihak Nizaf Mover akan melakukan pemeriksaan kepada kenderaan anda bagi memastikan semuanya selamat dan tiada barang berharga ditinggalkan didalam kereta.

Senarai Semak Sebelum Penghantaran Kenderaan

Sebelum hantar kereta atau motor anda, pastikan anda membuat senarai semak seperti berikut bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Sekiranya anda ada pertanyaan, bolehlah terus berhubung dengan pihak Nizaf Mover untuk urusan selanjutnya.

  • Cari maklumat Syarikat Penghantaran kereta (Pastikan yang trusted).
  • Dapatkan sebut harga dari Syarikat yang dipilih untuk hantar kereta dari langkah pertama tadi.
  • Buat surat permohonan kepada Bank untuk pindahkan/hantar kereta.
  • Hantar dokumen berkaitan hantar kereta ke Bank.
  • Dapatkan surat kebenaran (Untuk hantar kereta ke Sabah Sarawak) dari Bank.
  • Serahkan semua dokumen untuk urusan hantar kereta ke Sabah Sarawak.

PROMOSI BULAN INI

Pakej Harga Hantar Kenderaan dari Port Klang ke Port KK

Pakej Harga Hantar Kenderaan dari Port Klang ke Port KCH

Pakej Harga Hantar Kenderaan dari Port KK ke Port Klang

Pakej Harga Hantar Kenderaan dari Port KCH ke Port Klang

* Untuk makluman, harga penghantaran adalah berbeza mengikut destinasi

Anda nak kami pickup dan hantar terus ke rumah anda?

Kepada anda yang tak mempunyai masa untuk menghantar kenderaan ke port, kami akan bantu anda untuk pickup kereta di rumah anda dan hantar kereta terus ke destinasi anda.

TEMPAH SEKARANG

CALL NOWWHATSAPP NOW

JADUAL KAPAL KE SABAH DISEMBER 2024

JADUAL KAPAL DARI SABAH KE SEMENANJUNG DISEMBER 2024

JADUAL KAPAL KE SARAWAK DIS 2024

JADUAL KAPAL DARI SARAWAK KE SEMENANJUNG DISEMBER 2024

Tempah Slot Anda Sekarang!

Tempah slot untuk penghantaran kereta dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak atau Sabah/Sarawak ke Semenanjung boleh dibuat terus secara atas talian atau boleh Call/Whatsapp 019-204 7355 (Cik Iza) atau Call Pejabat Nizaf Mover 03-8920 5955. Klik butang dibawah sekiranya ada sebarang pertanyaan.

CALL NOWWHATSAPP NOW